CIRI-CIRI AKHLAK ISLAM

CIRI-CIRI AKHLAK ISLAM

PENDAHULUAN

Islam dan akhlak adalah dua istilah untuk satu perkara iaitu agama

Memperkatakan tentang agama harus bersumberkan sumber agama, yakni al-Quran dan al-Sunnah. Di samping itu juga qiyas dan ijma`

Maka akhlak Islam mesti berdasarkan sumber qat`i dan `aqli

Prinsip-prinsip Akhlak Islam

Daripada dua sumber itu, maka ciri-ciri akhlak Islam meliputi sifat mutlak dan menyeluruh, melengkapkan dan menyempurnakan tuntutan, sederhana dan seimbang, mencakupi suruhan dan larangan, bersih dalam perlaksanaan dan seimbang

Dapat disimpulkan ciri akhlak Islam diasaskan bertunjangkan dua perkara iaitu;

Syumul

Bersih dalam pelaksanaan dan tujuan

Kesyumulan Akhlak Islam

Maksud – mengikuti kesyumulan Islam Islam = akhlak = kehidupan

Maka syumul akhlak dilihat dari perspektif:

1.Tujuan akhir Syariat itu bermaksud akhlak

Rasul membawa syariat

Setiap aspek pengjaran syariat akan berakhir dengan akhlak mencakupi suruhan dan larangan

Rasul = akhlak

2. Umat Islam Umat Terbaik

Menjunjung agama yang benar dan terbaik kerana datangnya daripada Allah

Agama bermaksud akhlak

Agama benar dan terbaik melahirkan akhlak terbaik dan benar

3. Perintah Amar Makrif Nahi Munkar

Umat terbaik menjunjung amar makruf nahi munkar

Baiknya umat apabila ia dilasanakan sepanjang kehidupan, sepanjang zaman dan semua perkara

4. Ketidakbatasan penghayatan atau mutlak

Seluruh detik kehidupan tanpa mengira masa

Seluruh manusia tanpa mengira latar belakang (warna kulit, bangsa, pangkat, umur)

Seluruh tempat tanpa ada perbezaan antara Timur, Barat, Utara dan Selatan

5. Kebaikan (al-khayr) yang bersifat mutlak

* kebaikan itu akan dirasai oleh semua manusia (al-salam) kerana tujuan kebaikan adalah untuk mendapat:

- keredaan Allah, bukan manusia

- al-sa`adah di akhirat

6. Merangkumi dunia nyata dan dunia ghaib

* Minda umat adalah untuk:

- kebaikan di dunia

- kebahagiaan di akhirat

Bersih dalam Pelaksanaan

Maksud: Suci meliputi cara mencapai dan tujuan

Akhlak mulia bertujuan untuk mencapai kebaikan

Oleh itu cara dan metod perlaksanaan hendaklah dengan cara yang baik dan saluran yang benar

Selaras dengan fitrah manusia, di mana tidak akan ada manusia yang tidak senang dengan akhlak mulia, atau merasa bahagia dengan akhlak buruk

Bersifat waqi`i (berdasarkan realiti atau hidup manusia)- sesuai dengan semua tuntutan naluri dalam usaha mengawal sifat-sifat yang tercela (sifat-sifat mazmumah) untuk kesempurnaan insan, bukan untuk mengawal kebebasan peribadi seseorang

Islam tidak menerima falsafah: Matlamat tidak menghalalkan cara.

AKHLAK DAN KEHIDUPAN

- Akhlak Terhadap Allah –

Mengapa?-

dicipta dan ditaqdirkan ke dunia

sempurna indera

Tersedia segala bekalan

Kemuliaan manusia

Bagaimana:

beriman, menyembah, meminta tolong dan bertawakal, mengharap, mensyukuri, reda, tidak putus asa dengan rahmat dan ujian, berzikir, bertaubat, mencintai Allah, menjadi ulul al-bab dsb.

- Akhlak Terhadap Rasul

Mengapa?

Pembawa Risalah

Penghubung Manusia dengan Allah

Bagaimana?

Mencintainya, tidak menyakitinya, menerima ajarannya, mengamalkan sunnahnya, mendoa dan salawat kepadanya, meneruskan usaha dakwahnya, menghormati Sahabat dsb.

- Akhlak Terhadap Diri

Mengapa?

diri adalah amanah & pinjaman

Bagaimana?

Menjaga diri zahir dan batin:

Makanan yang baik, merasa izzah dengan Islam, menjadi hamba yang salih, melakukan sesuatu secara ihsan, menjaga maruah diri, menjadi contoh terbaik, bersikap baik seperti mempunyai motivasi yang tinggi, tidak mudah berputus asa, luas pandangan, menghormati orang lain dsb.

- Akhlak Terhadap Keluarga

Mengapa?

Dilahirkan, dibesarkan, dijaga dan dididik

Bagaimana?

Bergaul dengan baik, membantu ahli keluarga, menghormati ahli keluarga, menolong, adil, menjaga nama baik keluarga, menjaga hubungan sesama saudara yang dekat dengan yang jauh dsb.

- Akhlak Terhadap Masyarakat

Siapa?

Islam dan bukan Islam

Dalam negara dan antarabangsa

Organisasi

Mengapa?

Tempat kita & keluarga

Bagaimana?

Menjaga amanah (tidak menipu), melaksana tanggungjawab, tidak mengambil tanpa hak, hormat menghormati, perpaduan, amar makruf, nahi mungkar, pemaaf, mempertahankan negara, tadbir urus yang baik dsb.

- Akhlak Terhadap Alam Mengapa?

o Mengapa

Tempat Manusia Menetap

Kejadiannya untuk kemudahan manusia

Tempat manusia mengambil pengajaran

Bagaimana?

Berhemah apabila berinteraksi dengan alam spt. hutan, sungai, air, langit, angkasa raya

Kesimpulan

Akhlak meliputi setiap aspek kehidupan manusia

Akhlak dalam konteks kehidupan umumnya boleh kategori kepada dua bentuk:

Akhlak yang diasaskan oleh Allah/al-Din

Akhlak berdasarkan kefahaman akal manusia

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: