Untuk buat blog

October 30, 2008

Langkah2 yg dperlukan untuk membuat blog
-taip http://www.google.com.my2.pd bahagian atas laman web tersebut
-klik more dan even more
-pada bahagian kanan webpage ada perkataan blogger di bahagian communicate,show & share.klik pd perkataan tersebut google account
-selepas itu bolehlah kita taip username yg kita kehendaki dan password.Password tersebut perlu  lebih  8 angka supaya ia sukar dimanipulasi oleh orang lain
-Setelah sign in bolehlah kita melayari blog tersebut
-Dalam blog ini kita boleh menukar nama blog ,kemaskini profile dan menambah aplikasi pada blog
-Untk edit profile,tekan button dashboard
-Bagi sesiapa yg telah mempunyai blog bolehlah terus sign in .Taip hebahan untuk menukar dan menambah aplikasi pada blog,klik button customize
-Di situ terdapat posti yang kita kehendaki dan klik publish post
-Untuk menukar wallpaper perlu klik button create serta menambah gambar
-untuk menyebarkan hebahan,.klik pada button posting.
-Untuk menambah aplikasi pada blog pula,klik button layout

laman web(http://www.halal.gov.my

October 28, 2008

Laman web ini berkenaan dengan prosedur yang ditetapkan oleh kerajaan bagi mengiktiraf segala pengeluaran yang berkaitan dengan Halal.Badan yang di iktiraf oleh kerajaan bagi mengiktiraf pengeluaran logo Halal seperti Jakim,HDC dan majlis agama negeri.Badan ini berkuasa terhadap segala jenis pengeluaran makanan atau dalam apa-apa bentuk dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan sebagai suatu perihal dagangan atau sebagai sebahagian daripada suatu perihal dagangan yang dipakai bagi makanan itu

-Laman web ini penting diketahui oleh orang Islam supaya mereka mendapat maklumat mengenai produk makanan dan minuman serta barang kegunaan yang lain yang dikeluarkan mempunyai logo Halal yang diiktiraf oleh badan-badan yang diiktiraf oleh kerajaan.-Dengan adanya laman web ini umat Islam boleh mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan ‘Halal’ dengan melayari laman web tersebut.-Pengetahuan mengenai ‘Halal’ ini penting agar umat Islam menggunakan segala keluaran yang mempunyai pengiktirafan Halal.

http://www.e-ulama.org

October 28, 2008

Laman web ini berkenaan dengan Persatuan Ulama’ Malaysia iaitu sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan atas usaha dan kesedaran para ulama’ yang menyertai Kongres Ekonomi Islam pada tahun 1972.PUM merupakan satu-satunya pertubuhan bukan kerajaan dan bukan politik yang mempertuankan institusi ulama’Peranan Persatuan Ulama’ Malaysia sangat besar terutama dalam konteks masyarakat Islam di Malaysia.Ini kerana persatuan ini berusaha menyatukan ulama dalam harakah Islamiyah serta mengembelingkan tenaga untuk menegakkan syariah Islam dan mempertahankan kebenaran dan kemurnian ajarannya.Persatuan ini banyak terlibat dalam usaha untuk meningkatkan syiar Islam dinegara kita melalui aktiviti-aktiviti dan program yang dijalankan bagi menerapkan lagi pemahaman mengenai Islam kepada masyarakat.Disamping itu juga persatuan ini berusaha untuk meninggikan taraf kedudukan ulama’dikalangan masyarakat dengan menjadikan ulama sebagai tempat rujukan yang utama dalam sebarang masalah agama dan kehidupan.Persatuan ini juga banyak menjalankan usaha-usaha penyelidikan ilmiah dan pengeluaran buku-buku ilmiah yang sah disisi undang-undang serta menghidupkan karya-karya yang lama.Ini dilakukan supaya segala ilmu-ilmu yang terdahulu tidak hilang begitu sahaja..

Laman web ini banyak memberi faedah kepada masyarakat Islam kerana dengan adanya laman web sebegini kita dapat mengetahui apakah peranan yang dimainkan oleh ulama’ dalam membangunkan masyarakat di Malaysia.Disamping itu juga kita boleh memperolehi ilmu-ilmu dan pendapat yang dikeluarkan oleh ulama dalam segala permasalahan agama.Sebagai pelajar juga kita boleh melayari laman web ini untuk mendapatkan ilmu-ilmu yang banyak disampaikan oleh ulama..

http://www.ikim.gov.my

October 28, 2008

Laman web ini berkaitan dengan sebuah pertubuhan Islam iaitu Institut Kefahaman Islam Malaysia(IKIM)

-IKIM ditubuhkan oleh kerajaan bertujuan untuk menambahkan lagi kefahaman mengenai Islam kepada umat Islam di Malaysia.Peranan IKIM ini dapat dilihat melalui pelbagai program dan aktiviti yang dilaksanakan seperti seminar,bengkel,forum,perundingan,latihan dan penerbitan.Kesungguhan IKIM ini dalam memberi pengetahuan kepada umat Islam dapat dilihat melalui matlamat yang digariskan olehnya.Melalui IKIM ini umat islam dapat merujuk segala permasalahan yang berlaku disekeliling mereka.Melalui laman web ini umat Islam boleh mendapatkan pelbagai maklumat tentang Islam.Pelajar juga boleh memperolehi ilmu-ilmu melalui seminar dan ceramah yang dianjurka oleh IKIM.Laman web penting diketahui oleh umat Islam sebagai rujukan dalam masalah agama dan kehidupan.

Membuat brochure

October 28, 2008

Langkah untuk membuat brochure..

-langkah pertama buka microsoft word pilih pada page layout,kemudian pergi ke orientation dan ambil bentuk landcape serta formatkan printer dalam size A4,

-kemudian page setup untuk paper dan margins yang mesti berukuran 0.5cm,

-pergi semula pada page layout,ambil colums yang kita mahu,contohnya tiga..

-kemudian pilih gambar yang boleh diambil dengan pergi ke select picture dan kemudian masukkan gambar pada posisi yang sesuai,untuk tolak ke tepi ambil true..

-setelah itu pergi ke format,kemudian text wrapping dan pergi ke behind teks setelah ada gambar”

-untuk membuat border and shading pergi ke page border,kemudian pilih mana yang bersesuaian berkaitan dengan tajuk..

Perbezaan compose dan signature

October 23, 2008

(PERBEZAAN DAN PERSAMAAN).
1.Cara guna compose dan ciri-cirinya:
Sebagai satu cara yang mudah untuk memulakan email.Dengan adanya compose kita dapat menghantar email.
Untuk menghantar email kepada kawan kita yang lama ataupun yang baru dikenali dan kenalan kita yang mempunyai email tambahan.
Cara penggunaannya:
i-Mula-mula sign in dalam yahoo! mail anda.Sign in ini penting untuk memulakan setiap email kita.
ii-Kemudian,klik pada button mail.Maka akan terpapar satu layar.Di layar tersebut akan terpapar segala email yang di terima.Disini kita boleh membalas email yang kita terima.Dengan menggunakan email ini maka segala maklumat dapat sampai dengan tepat.Penggunaan email ini tidak membosankan kita kerana kita boleh berhubung secara terus.
iii-Seterusnya,klik pada button compose dan isikan apa yang diperlukan di dalamnya.Selepas kita mengisi segala yang kita mahu kita hendaklah tekan pada butang send untuk menghantar sesuatu.
2.CIRI-CIRI SIGNATURE DAN PENGGUNAANNYA:
Merupakan satu kaedah untuk menyatakan hal-hal tentang butiran pengenalan diri kita.
Juga dapat menghantar email melaluinya kepada kenalan kita.
Sebagai panduan dalam memulakan sesuatu email.
3.PERSAMAAN COMPOSE DAN SIGNATURE:
Kedua-dua komponen ini mempunyai fungsi yang sama,iaitu untuk menghantar email kepada kenalan kita yang mempunyai mail.
4.PERBEZAAN COMPOSE DAN SIGNATURE:
i-Compose:Sebagai cara mudah untuk menghantar email kepada kenalan.
ii-Signature:Menyatakan tentang pengenalan diri kita.
5.REFLEKSI:
Untuk saya memperolehi jawapan mengenai persamaan dan perbezaan compose dan signature,saya telah mengadakan perbincangan dengan kawan,bertanyakan kepada orang lain,rujuk pada nota kawan dan menyelidik sendiri dalam komputer (internet).Kemudian saya gabungkan dan simpulkan apa yang berkaitan dengannya.

http://www.geocities.com

October 23, 2008

Pendidikan Akidah


Pendidikan akidah merupakan asas kepada pembinaan Islam pada diri seseorang. Ia merupakan inti kepada amalan Islam seseorang. Seseorang yang tidak memiliki akidah menyebabkan amalannya tidak mendapat pengiktirafan oleh Allah swt. Ayat-ayat yang terawal yang diturunkan oleh Allah swt kepada Nabi Muhammad saw di Makkah menjurus kepada pembinaan akidah. Dengan asas pendidikan dan penghayatan akidah yang kuat dan jelas maka Nabi Muhammad saw telah berjaya melahirkan sahabat-sahabat yang mempunyai daya tahan yang kental dalam mempertahan dan mengembangkan Islam ke seluruh dunia. Bilal bin Rabah tidak berganjak imannya walaupun diseksa dan ditindih dengan batu besar di tengah padang pasir yang panas terik. Demikian juga keluarga Amar bin Yasir tetap teguh iman mereka walau berhadapan dengan ancaman maut. Dari sini kita nampak dengan jelas bahawa pendidikan akidah amat penting dalam jiwa setiap insan muslim agar mereka dapat mempertahan iman dan agama Islam lebih-lebih lagi di zaman globalisasi yang penuh dengan cabaran dalam segenap penjuru terutamanya internet dan teknologi maklumat yang berkembang dengan begitu pesat sekali.

Laman ini penting kepada umat Islam kerana dapat mengetahui berkenaan dengan akidah dengan terperinci dan jelas.Melalui laman web ini umat islam dapat menimba sedikit ilmu pengetahuan tentang kepentingan memiliki akidah yang mantap.Pengetahuan mengenai akidah amat penting bagi umat islam agar tidak mudah tergugat keimanan mereka..

http://www.halaltoothpaste.com.my

October 23, 2008

http://www.halaltoothpaste.com.my

Laman web ini berkenaan dengan produk ubat gigi halal yang dikeluarkan oleh syarikat Al-Meswak Sdn.Bhd atas kesedaran pentingnya umat Islam menggunakan produk yang halal yang mengambil kira setiap proses perincian yang terlibat seperti dalam proses formulasi,pemprosesan,pembungkusan,mesin dan alatan yang digunakan.

Ubat gigi mu’min yang dikeluarkan oleh syarikat al-Meswak ini telah mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan dipantau proes halalnya oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia.Pengiktirafan ini amat penting agar umat Islam dapat menggunakannya tanpa was-was.

Laman web ini sangat penting diketahui oleh umat Islam agar mereka dapat menggunakan segala produk yang halal sahaja bukan hanya terhad kepada ubat gigi sahaja tetapi segala barang kegunaan yang lain.Ini kerana melalui penggunaan produk yang halal melibatkan pembentukan personaliti akhlak dan kualiti umat Islam
Pengetahuan mengenai produk yang halal amat penting bagi umat Islam kerana mencari yang halal itu fardu.

KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN

October 23, 2008

CIRI-CIRI DAN PENGGUNAAN:
*FORWARD.

i-Sebagai cara untuk menghantar mesej yang sama kepada kenalan kita daripada mesej yang dihantar ke dalam email kita.
ii-Ia memudahkan urusan kita dalam menyebarkan apa-apa sahaja maklumat yang telah diterima dalam email kita.

Reply

i-Sebagai cara untuk membalas email yang diterima daripada kenalan kita atua sesipa sahaja.
ii-Cara penggunaannya mudah sahaja seperti berikut:
-Setelah kita buka paparan dalam inbox dan berhajat untuk membalas apa yang telah dihantar.Klik butang Reply dan tetingkap Reply akan dipaparkan dimana alamat penerima tersedia dicatat.
-Taipkan mesej balasan anda di ruangan.
-Kemudian,klik butang send dan tetingkap Reply sent akan dipaparkan menunjukkan mesej pengguna telah dihantar kepada penerima.

*CARBON COPY.

i-Sebagai cara mudah untuk menghantar mesej yang sama kepada kenalan kita.
ii-Sebagai alat untuk menyalin semula email yang terdapat di dalam sistem komputer .

2.PERSAMAAN FORWARD, REPLY DAN CARBON COPY:

i-Sebagai satu cara untuk menghantar email daripada satu pengguna kepada pengguna lain yang terlibat.

3.PERBEZAAN FORWARD, REPLY DAN CARBON COPY
:
*Forward.
i-Untuk menghantar email yang sama kepada pengguna yang berbeza.
*Reply.
i-Untuk membalas setiap email yang diteriman dengan mudah.
*Carbon Copy.
i- Untuk menyalin semula email yang dibuat.

4.REFLEKSI:

*Untuk saya memikirkan jawapan-jawapan persamaan dan perbezaan antara forward, reply dan carbon copy (CC),saya telah merujuk beberapa nota kawan saya dan gabungkan dengan apa yang yang fahami tentang apa-apa yang berkaitan dengan perbincangan tersebut.

NOTA MICROSOFT EXCEL

October 23, 2008

Langkah-langkah dalam penggunaan Microsoft Excel

-Pertamanya mula pada microsoft windows dan double klik pada ikon microsoft excel,kemudian mulakan dengan excel melalui work book blank..
-Di dalam excel skrin layout,terdapat control box,title bar,menu bar status bar,cell,row,column dan nama setiap sheet dalam excel..
-untuk mecantumkan 2cell dengan mudah caranya ialah dengan pergi ke boturn cell kemudian klik kanan,pilih format cell dan center/samakan serta pilih ke bahagian top dan merge.
-kilk formula kemudian define name dan gred bagi mencari sesuatu jawapan dan gred.
-untuk copy sheet 1 kepada 2,caranya klik pada sheet 2,kemudian klik kanan dan tukar nama sheet(contohnya Mac )kemudian pergi ke more to copy..
-untuk kita mengetahui gred pelajar dengan mudah,caranya pergi ke formula dan pilih lookup dan reference,kemudian pergi ke function(v lookup dan function argument didalamnya terdapat lookup value table arry,col index dan range lookup
-kemudian isikan semua maklumat dengan lengkap dan betul..