http://www.e-ulama.org

Laman web ini berkenaan dengan Persatuan Ulama’ Malaysia iaitu sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan atas usaha dan kesedaran para ulama’ yang menyertai Kongres Ekonomi Islam pada tahun 1972.PUM merupakan satu-satunya pertubuhan bukan kerajaan dan bukan politik yang mempertuankan institusi ulama’Peranan Persatuan Ulama’ Malaysia sangat besar terutama dalam konteks masyarakat Islam di Malaysia.Ini kerana persatuan ini berusaha menyatukan ulama dalam harakah Islamiyah serta mengembelingkan tenaga untuk menegakkan syariah Islam dan mempertahankan kebenaran dan kemurnian ajarannya.Persatuan ini banyak terlibat dalam usaha untuk meningkatkan syiar Islam dinegara kita melalui aktiviti-aktiviti dan program yang dijalankan bagi menerapkan lagi pemahaman mengenai Islam kepada masyarakat.Disamping itu juga persatuan ini berusaha untuk meninggikan taraf kedudukan ulama’dikalangan masyarakat dengan menjadikan ulama sebagai tempat rujukan yang utama dalam sebarang masalah agama dan kehidupan.Persatuan ini juga banyak menjalankan usaha-usaha penyelidikan ilmiah dan pengeluaran buku-buku ilmiah yang sah disisi undang-undang serta menghidupkan karya-karya yang lama.Ini dilakukan supaya segala ilmu-ilmu yang terdahulu tidak hilang begitu sahaja..

Laman web ini banyak memberi faedah kepada masyarakat Islam kerana dengan adanya laman web sebegini kita dapat mengetahui apakah peranan yang dimainkan oleh ulama’ dalam membangunkan masyarakat di Malaysia.Disamping itu juga kita boleh memperolehi ilmu-ilmu dan pendapat yang dikeluarkan oleh ulama dalam segala permasalahan agama.Sebagai pelajar juga kita boleh melayari laman web ini untuk mendapatkan ilmu-ilmu yang banyak disampaikan oleh ulama..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: