HUBUNGAN ETNIK (nota 10 oktober 2008)

Normal
0

false
false
false

EN-US
X-NONE
X-NONE

MicrosoftInternetExplorer4

/* Style Definitions */
table.MsoNormalTable
{mso-style-name:”Table Normal”;
mso-tstyle-rowband-size:0;
mso-tstyle-colband-size:0;
mso-style-noshow:yes;
mso-style-priority:99;
mso-style-qformat:yes;
mso-style-parent:””;
mso-padding-alt:0in 5.4pt 0in 5.4pt;
mso-para-margin:0in;
mso-para-margin-bottom:.0001pt;
mso-pagination:widow-orphan;
font-size:11.0pt;
font-family:”Calibri”,”sans-serif”;
mso-ascii-font-family:Calibri;
mso-ascii-theme-font:minor-latin;
mso-fareast-font-family:”Times New Roman”;
mso-fareast-theme-font:minor-fareast;
mso-hansi-font-family:Calibri;
mso-hansi-theme-font:minor-latin;
mso-bidi-font-family:”Times New Roman”;
mso-bidi-theme-font:minor-bidi;}

Konsep-Konsep Asas Hubungan Etnik

 

Konsep Masyarakat

Masyarakat menurut definisi kamus dewan(2005)ialah kumpulan
manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu

 

Konsep Etnik,Etnisiti dan Etnosentrisme

 

Etnik boleh di definisikan sebagai kelompok manusia yang
mengamalkan budaya yang hamper seragam,termasuk adapt resam,pakaian,bahasa dan
kegiatan ekonomi.Konsep etnik mempunyai erti yang berkait rapat dengan
konsep-konsep ras dan bangsa.

Etnisiti merujuk kepada rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik
tertentu.Hal ini bererti wujudnya satu kebudayaan atau sub budaya yang jelas
menyatukann anggotanya dengn satu sejarah,nilai,sikap dan tingkah laku yang
sama.

Etnosentrisme pula merujuk kepada kepercayaan atau rasa
bangga yang wujud dalam kalangan anggota sesebuah kelompok etnik bahawa budaya
dan etnisiti mereka adalah jauh lebih dan hebat daripada kelompok lain.

 

Konsep Ras dan Rasisme

 

Ras boleh diertikan sebagai sebuah kelompok social yang
mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan cirri-ciri fizikal-biologikal
nyata,seperti warna kulit,warna rambut dan sebagainya.Ciri paling ketara yang
di gunakan untuk membezakan kumpulan manusia ialah warna kulit.

Rasisme ditakrifkan sebagai pandangan,pemikiran,atau
kepercayaan negative oleh sesuatu kelompok social atau para anggotanya terhadap
sesuatu kelompok lain berdasarkan perbezaan wajah fizikal-biologikal atau ras
semata-mata dan ini ditunjukkan secara terbuka melalui perilaku atau tindakan
terbuka.

       

Konsep Prejudis dan Stereotaip

 

Prejudis di takrif sebagai pandangan negative mengenai ahli
atau kelompok etnik lain yang tersemat dalam hati seeorang atau kelompok etnik
tertentu.Prejudis tidak diluahkan secara terbuka.

Stereotaip merupakan kenyataan-kenyaaan umum yang negative
terhadap sesuatu kumpulan etnik lain seperti semua orang Arab itu beragama
Islam,orang Belanda itu bersifat kedekut dan sebagainya.

 

Konsep Diskriminasi

 

Diskriminasi ditakrif sebagai pandangan,pemikiran dan
kepercayaan negative oleh seseorang atau sekelompok etnik terhadap anggota atau
kelompok etnik lain yang mempengaruhi perilaku pihak yang berpandangan
negative.Erti yang sebenarnya ialah diskriminasi ialah perbuatan
membandingbezakan seseorang individu atau sesuatu kelompok etnik lain
berasaskan cirri-ciri etnik semata-mata.Diskriminasi merupakan manifestasi
prasangka yang wujud dalam kalangan sesuatu kumpulan etrnik.Diskriminasi
semakin mudah berlaku terutama apabila wujud prejudis dan stereotaip dalam
sesebuah masyarakat,sama ada pada peringkat individu ataupun kumpulan.

 

 

Konsep Perpaduan dan Integrasi

 

Perpaduan boleh diertikan sebagai satu proses yang
menyatupadukan seluruh masyarakat dan Negara supaya setiap anggota masyarakat
dapat membentuk satu indentiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan
banggakan tanahair.

 

Integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu
identity nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi
kebudayaan,social dan lokasi dalam sesebuah unit politik.Unsur integrasi
terdiri daripada:

 

-Integrasi Wilayah yang bertujuan mengurangkan jurang
perbezaan pembangunan ekonomi dan social antara wilayah yang maju dan yang
mundur.Di Malaysia tumpuan integrasi wilayah antara Malaysia Barat dengan
Malaysia Timur dan Pantai  Timur
Semenanjung Malaysia dengan Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

 

-Integrasi ekonomi yang boleh di ertikan sebagai usaha-usaha
untuk mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara kumpulan etnik.

 

-Integrasi kebudayaan melibatkan usaha membentuk satu
kebudayaan kebangsan.

 

-Integrasi social yang merangkumi usaha-usaha menyatupadukan
rakyat melalui program social seperti sukan,pendidikan,perumahan dan kesihatan.

 

-Integrasi pendidikan bertujuan mewujudkan satu system
pendidikan yang bercorak kebangsaan dan sempurna dari segi intelek,jasmani dan
rohani.

 

-Integrasi politik yang merangkumi usaha-usaha menyatukan
rakyat melalui kerjasama dan pembahagian kuasa politik.

 

 

Konsep Segregasi

 

Konsep Segrasi merupakan pemisahan atau pengasingan antara
satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah
Negara.Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan antaranya dari segi kawasan
tempat tinggal,system tempat tinggal,system persekolahan,pengangkutan dan
kemudahan awam.Segregasi wujud sama ada di dasari leh undang-undang atau
sebaliknya seperti dasar Aparteid di Afrika Selatan yang di laksanakan antara
tahun 1948-1994.

 

Konsep Akomodasi

 

Akomodasi merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulan
etnik menyedari serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap
mempertahankan budaya hidup masing-masing.Konsep ini di wakili oleh formula
A+B+C=A+B+C,di sini A,B dan C merujuk kepada budaya.

 

 

Konsep Akulturasi

 

Akulturasi merupakan satu proses penerimaan unsur kebudayaan
dalam kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang
berbeza.Akulturasi terjadi apabila satu kelompok manusia dengan suatu
kebudayaan tertentu di hadapkan dengan unsure dari suatu kebudayaan asing yang
berbeza sehingga unsure kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan di olah
dalam kebudayaan sendiri.

 

 

Konsep Asimilasi

 

Asimilasi merupakan satu proses percantuman dan penyatuan
antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan
kebudayaan dan identity yang sama.Asimilasi mutlak menyebabkan berlakunya
penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identity.Konsep ini di
wakili dengan formula A+B+C=A.

 

 

Konsep Amalgamasi

 

Amalgamasi merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya
atau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru.Cara utama dalam
menentukanproses amalgamasi adalah dengan terjadinya perkahwinan campur antara
kumpulan etnik.Konsep ini di nyatakan dalam bentuk formula A+B+C=D

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: