KONSEP AKHLAK DALAM ISLAM 11.10.2008

KONSEP AKHLAK DALAM

ISLAM

Etimologi akhlaq (j) dari khuluq

Perkataan khuluq yang bermaksud tabiat, kelakuan atau tingkah laku (al-tabi`ah), perangai (al-sajiyah), maruah (al-mu+ru’ah), kelaziman atau kebiasaan (al-`adah).

Perkataan (al-khulq) ini di dalam Al-Quran:

Dan bahawa sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia. (Al-Qalam:4)

PERKATAAN AKHLAK: SUDUT ISTILAH

Imam Ghazali RA (Ihya’ `Ulum al-Din):

suatu keadaan yang tertanam di dalam jiwa yang menampilkan perbuatan-perbuatan dengan senang tanpa memerlukan pemikiran dan penelitian. Apabila perbuatan yang terkeluar itu baik dan terpuji menurut syara dan aqal, perbuatan itu dinamakan akhlak yang mulia. Sebaliknya apabila terkeluar perbuatan yang buruk, ia dinamakan akhlak yang buruk.

Ibn Miskawaih, ahli falsafah dan moralis Islam (Tahdhib al-Akhlaq):

keadaan jiwa yang mendorong ke arah melahirkan perbuatan tanpa pemikiran dan penelitian.

Ibrahim Anis (al-Mu`jam al-Wasit)

Sifat yang tertanam dalam jiwa, yang melahirkan berbagai perbuatan baik atau buruk tanpa memerlukan pemikiran dan pertimbangan

`Abd al-Hamid Yunus (Da’irat al-Ma`arif)

Sifat-sifat Insan yang terdidik

Ahmad Amin (Kitab al-Akhlaq)

Akhlak adalah sifat batiniah (kejiwaan), bukan lahiriah (luaran). Adapun perbuatan lahiriah dinamakan kelakuan atau muamalah di mana ia merupakan dan bukti adanya sifat kejiwaan atau akhlak.

KESIMPULAN ERTI AKHLAK:
TIGA PERKARA:

1. Ia merujuk aspek dalaman manusia, bukan luaran, yakni sifat yang tertanam di dalam diri dalam bentuk stabil hal atau disposisi kejiwaan ini termasuk:

sifat tabii spt. cepat marah, mudah ketawa, mudah tersinggung, mudah takut, mudah sedih, simpati

terlatih melalui disiplin dan kebiasaan

hadis Nabi – al-qalb

Oleh itu, Ibn al-Athir menyebutkan di dalam al-Nihayah fi Gharib al-hadith wa al-Athar:

Hakikat khuluq ialah rupa atau gambaran batin manusia, iaitu jiwanya, sifat-sifat dan nilai-nilainya yang khusus, seperti juga khalq yang merupakan gambaran atau rupa yang zahir.

2. Aspek dalaman tersebut berada pada tahap stabil, kukuh dan sebati yang bertindak sebagai punca sesuatu perbuatan / tingkah laku. Oleh itu:

* t/laku bukan akhlak, hanya cerminan/ imej/pantulan/bayangan

* akhlak ada yang baik dan ada yang buruk

3. Aspek dalaman itu bertindak spontan / otomatik- mudah tanpa pemikiran, penelitian dan paksaan

kemunafikan/kepura-puraan/kehipokritan dinafikan

Mengapa Akhlak Sifat Dalaman?

Dalam mencari pengertian akhlak Islam, al-Ghazali telah melihat empat perkara yang berkaitan dengan perbuatan manusia:

1. Apakah akhlak – ilmu mengenai tingkah laku

Tidak – kerana manusia kadang kala mempunyai pengetahuan mengenai kebaikan atau keburukan, tetapi tidak melakukannya atau melakukan sebaliknya

2. Apakah akhlak itu – Perbuatan / tingkah laku

Tidak – kerana terdapat kemungkinan seseorang itu berakhlak pemurah tetapi dia tidak membelanjakan hartanya disebabkan dia tidak mempunyai harta atau terdapat halangan atau dia mendermakan hartanya tetapi untuk menunjuk-nunjuk sedangkan dia seorang yang kedekut

3. Apakah akhlak itu – keupayaan sesorang untuk melakukan perbuatan baik atau buruk

Tidak – kerana nisbah tidak memberi atau memberi adalah sama sahaja di mana setiap manusia diciptakan dengan ada kudrat untuk memberi atau tidak memberi dan tidak semestinya keupayaan semata-mata akan menjadikan orang tersebut sebagai bakhil atau berkakhlak pemurah.

4. Apakah akhlak itu – keadaan dalaman jiwa

Ya – kerana manusia melakukan sesuatu perbuatan itu didorong oleh dalamannya

Mengapa Akhlak itu Sifat Batin, Bukan Zahir

1. Manusia terdiri daripada dua komponen penting yakni jasad dan roh

Antara dua tersebut, unsur roh menjadi asas kepada seluruh diri yang bernama insan

Mengapa:

1. Kemuliaan (atau kehinaan) insan adalah pada unsur rohnya

2. Menjadi asas kepada perbuatan lahiriah manusia

Perbuatan Mana Disebut Akhlak dan Bukan Akhlak

Perbuatan Manusia ada tiga:

1. Perbuatan yang disengaja

2 Perbuatan yang tidak disengajakan. Perbuatan yang dipaksa/lupa

3. Perbuatan reflektif (reflex action/al-a`mal al- mun`akiyah). Perbuatan yang tidak dapat dikawal-denyut nadi (automatic action/al-a`mal al-`aliyah)

Hanya yang disengaja dikira akhlak kerana terdapat daya iradah/kawalan

Ini menjadi ciri akhlak keempat yang dirujuk di dalam definisi di atas

Perbezaan Antara Akhlak dan Perbuatan/T.Laku (1)

1. Unsur pengulangan yang berterusan dalam suatu cara atau bentuk tertentu sehingga menjadi kebiasaan yang tetap dan menjadi bukti akan adanya daya kecenderungan yang kuat dan tetap kepada t/laku tersebut

Sesuatu yang menjadi kebiasaan dalam kehidupan individu, bukan jarang dilakukan

2. Adanya tanda-tanda menunjukkan bahawa perlikau itu lahir dari dorongan dalaman, bukan sebab luaran, yang dibuat-buat, bukan tabiat

3. Akhlak tidak semestinya dilakukan atau dibuktikan

KETENTUAN AKHLAK
BAIK & BURUK

Akhlak itu baik atau buruk adalah ditentukan oleh dua neraca:

1. Syariah

Suruhan Allah – menjana kebaikan, menolak keburukan

Larangan Allah – menolak keburukan, mendatangkan kebaikan

2. Akal

Aspek pendetilan/penjabaran kebaikan/keburukan

Bergerak di bawah naungan/bimbingan syariat, bukan sendirian/logik

KESIMPULAN

Akhlak adalah gambaran peribadi insan – “Siapakah dia?”

Terdapat perbezaan antara akhlak sebagai sifat batin dan tingkah laku – akhlak adalah “insan rohani” manakala t/laku adalah “insan jasmani”

Kedudukan “insan rohani” ini amat strategik kerana ia menentukan hala tuju “insan jasmani”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: